Buah-buahan antara makanan yang banyak dibuang kerana faktor ketahanannya yang sangat rendah. Beberapa hari saja mesti sudah lebam-lebam dan lembik.

Berita baik buat penggemar dan penjual buah-buahan kerana Stixfresh telah memperkenalkan pelekat yang boleh mengekalkan kesegaran buah-buahan anda sehingga 14 hari.

Pelekat yang diperbuat daripada sodium chloride dan beeswax ini akan membuang satu hormon yang terdapat pada hasil tanaman segar yang dikenali sebagai ethylene. Proses ini sekaligus mampu mengekalkan kesegaran pada buah dengan lebih lama.

Setakat ini pelekat yang 100% organik dan selamat untuk dimakan ini berkesan pada buah mangga, avokado, betik, belimbing, buah naga, epal dan pear.  

Syarikat Stixfresh yang merupakan pemenang ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2018 untuk kategori Best Food/Agri Tech Startup ini sedang mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang sama pada buah-buahan yang lebih kecil dan mempunyai kulit yang lembut seperti beri serta sayuran.