Siapa yang tidak kenal dengan karya agung muzikal Phantom of the Opera yang kali pertama dipentaskan pada tahun 1986 di London ini kan?

Karya yang mengisahkan tentang seorang pemuzik hebat yang mengalami kecacatan pada wajahnya dan hanya dikenal sebagai ‘The Phantom’ yang mula jatuh cinta dengan penyanyi soprano, Christine, yang merupakan kekasih Raoul.

Drama yang berkisarkan rasa cemburu, sifat obsesi dan minat yang mendalam antara watak utama ini sangat menarik untuk ditonton.

Ben Lewis bakal memegang watak utama sebagai ‘The Phantom’ manakala watak Christine pula bakal dibawa oleh Kelly Mathieson.

Pementasan teater terkenal ini akan mula dipentaskan pada 15 Jun di Istana Budaya dan harga tiket bermula dari RM200, tidak termasuk caj tempahan sebanyak RM4 untuk setiap tiket.

Pementasan dijadualkan bermula pada jam 8.30pm (Selasa hingga Khamis) manakala terdapat dua slot pementasan pada hari Sabtu dan Ahad iaitu pada jam 2pm dan 8.30pm.

Tiket boleh didapati di TicketCharge.