Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak anda cuti sekolah ini kerana taman tema di Desaru, Johor ini bukan saja dekat dan murah tapi sangat padat dengan pelbagai aktiviti menarik!

Tidal Wave Beach yang berkeluasan hampir tiga ekar dan menampung lebih 4 juta gelen air sehari ini merupakan wave pool yang terbesar di dunia!

Ibu bapa yang ada bayi dan anak-anak kecil juga boleh menikmati keseronokan di taman tema ini kerana Kids Ahoy menyediakan 13 jenis gelongsor air yang pelbagai sesuai untuk si kecil.

Taman tema ini mampu memuatkan lebih 12,000 pengunjung dalam satu masa dan terdapat lebih 20 jenis permainan di 5 zon yang berbeza sesuai untuk pelbagai peringkat usia.

Harga tiket bermula dari RM90 sahaja dan dibuka setiap hari dari jam 10am hingga 6pm termasuk cuti umum.

https://desarucoast.co