Ibu bapa yang ada anak-anak kecil pastinya sangat kenal dengan saluran YouTube Ryan Toys Review yang menjadi kegilaan anak-anak zaman sekarang.

Ryan merupakan bintang YouTube yang paling muda menerima bayaran tertinggi sebanyak US$22 juta (RM 92 juta) menurut majalah Forbes.

Ryan juga telah mengatasi Jake Paul yang meraih US$500,000 (RM 2 juta) setahun.

Pendapatan yang tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh pihak peguam dan ejen Ryan ini difahamkan telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Saluran yang bermula sejak tahun 2015 ini telah mengumpul sebanyak 17 juta pengikut dan video yang bertajuk ‘Huge Eggs Surprises Toys Challenge’ telah meraih 1.6 bilion tontonan sejak November lalu.

Ryan Toys Review – Most watched YouTube channel – Millennial Guinness World Records 2017 Photo Credit: Kevin Scott Ramos/Guinness World Records