Franklin Lingga Abun yang berasal dari Kapit, Sarawak ini telah mencipta sejarah apabila beliau diiktiraf oleh syarikat automotif yang terkenal di dunia, BMW Group.

Franklin yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan tahun ketiga di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini telah berjaya meyakinkan 3 panel semasa pembentangan kertas kerja mengenai teknologi semi-solar automotif di Austria.

Penuntut UNIMAS ini pada mulanya hanya ingin mencuba nasib dengan menghantar e-mel pada syarikat berkenaan mengenai kertas cadangannya. Terkejut apabila menerima tawaran ke Austria kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk terbang ke sana.

Franklin amat bernasib baik apabila Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan tampil untuk membantu memberikan dana tanda sokongan ke atas Franklin.

Beliau difahamkan akan terbang semula ke Munich pada Mac 2019 bagi menandatangani kontrak 10 tahun bersama BMW Group sebagai pakar teknologi automotif di Austria bermula tahun 2021. Tahniah dan selamat maju jaya dari kami rakyat Malaysia!