Menurut jabatan meteorologi China, ribut pasir gergasi itu melanda wilayah Gansu, China pada hari Ahad yang lalu. Ribut pasir yang kelihatan seperti Tsunami itu telah melenyapkan bandar berkenaan buat seketika.

Menurut laporan, ribut pasir gergasi ini bergerak pada kelajuan 17 meter sesaat dan telah menyelaputi bangunan dan rumah-rumah di kawasan itu dengan debu pasir yang tebal.

Jabatan meterologi China memaklumkan bahawa kejadian ribut pasir ini dibawa dari Gurun Gobi dan dimaklumkan sewaktu kejadian berlaku jarak penglihatan hanya terhad sejauh 10 meter sahaja.

Penduduk China tidak boleh menarik nafas lega lagi kerana satu lagi kejadian ribut pasir dijangka akan menyerang Beijing tidak lama lagi.