Stephen Hillenburg disahkan meninggal dunia pada 26 November lalu kerana menghidap sejenis penyakit saraf yang dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosi (ALS) sejak Mac 2017.

Berita sedih ini disahkan sendiri oleh pihak Nickelodeon menerusi akaun Twitter rasmi mereka dan pemergian Stephen memberi kesan yang dalam buat keluarga Nickelodeon.

Stephen Hillenburg merupakan bekas ahli marin biologi yang mempunyai minat yang mendalam mengenai hal-hal berkaitan laut dan mula berjinak dengan aktiviti scuba diving sejak usia 14 tahun lagi.

Stephen yang juga berbakat dalam bidang seni lukis mula mendapat idea untuk menggabungkan kedua-dua kebolehan yang beliau miliki dan tidak sangka combo tersebut boleh mencetuskan fenomena hingga kini.

Siri pertama SpongeBob SquarePants mula dilancarkan pada tahun 1999 dan telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Emmy Awards.

Stephen Hillenburg (1961-2018)