Siapa di antara anda yang pernah salah ambil side dan terpaksa buka pintu kereta sebab tangan tak sampai nak ambil tiket parking atau sentuh kad touch n go di tempat masuk dan keluar?

Penyeksaan ini bakal berakhir tidak lama lagi kerana Sunway Pyramid bakal memperkenalkan sistem pengenalan lesen kenderaan yang pertama di Malaysia! Wow!

Anda hanya perlu pandu secara perlahan apabila tiba di tempat masuk dan sistem ini akan memproses nombor plat kenderaan anda dan palang parking akan dibuka dalam masa satu saat sahaja! Tak perlu lagi tekan brek dan turunkan tingkap kenderaan.

Konsep yang lebih kurang sama digunakan ketika anda menggunakan SmartTAG di plaza tol. Penggunaan sistem ini dijangka dapat mengurangkan peratusan kenderaan yang menunggu ketika di tempat masuk dan keluar mall berkenaan.

Sistem ini juga dapat memberi solusi kepada isu tiket hilang dan barisan beratur yang panjang ketika ingin membayar di mesin auto-pay.

Sunway Pyramid masih belum melancarkan sistem ini sepenuhnya kepada orang awam kerana prestasi dan tahap keberkesanan sistem ini masih sedang diuji oleh lebih 200 buah kenderaan yang berdaftar.

Lihat video full simulation di sini:

https://www.facebook.com/sunwaypyramid/videos/332462407336259/