Baru-baru ini muncul kisah seorang wanita yang berkongsikan kisah malang beliau membeli air susu kotak di sebuah kedai serbaneka di Damansara.

Wanita ini mengesan satu rasa yang pelik pada susu tersebut pada awalnya namun beliau terus minum tanpa mempedulikan rasa berkenaan kerana belum melebihi tarikh luput.

Setelah selesai minum, wanita tersebut melipat kotak susu untuk dibuang dan terlihat seakan kulat terkeluar dari lubang kotak susu itu.

Tanpa teragak-agak, beliau terus bertindak untuk memotong bahagian atas kotak susu berkenaan dan terkejut melihat begitu banyak kulat di dalamnya!

Mangsa terus menghubungi syarikat pengeluar berkenaan dan dikhabarkan telah pun mendapat maklum balas dari pihak syarikat pada 26 November lalu. Sample susu telah diambil bagi tujuan siasatan dan laporan penuh ujian akan dikeluarkan pada 3 Disember ini.

Kejadian ini diharap dapat memberi peringatan buat semua pelanggan dan jika terasa sesuatu yang pelik pada sebarang makanan atau minuman yang dibeli, hentikan pengambilan serta-merta walaupun belum capai tarikh luput.