Sudah lama tidak dengar kisah seorang penyanyi yang juga merupakan pemenang sebuah rancangan realiti, One in a Million (OIAM), Ayu Damit kan?

Dalam diam Ayu rupanya sudah bergelar seorang pengusaha tanaman cili fertigasi yang berjaya. Ayu dan suami memiliki ladang seluas 1.4 hektar di Hulu Langat dan terdapat 16,000 pokok cili yang ditanam bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Ayu juga turut mengambil kesempatan untuk membantu orang asli di kawasan berdekatan untuk menambah pendapatan mereka ketika musim menuai.

Selalunya Ayu akan mengupah 10-15 orang pekerja tambahan untuk memetik cili padi tiga kali seminggu, menabur baja dan menyembur racun serangga.

Selain cili padi, Ayu juga turut mengusahakan tanaman timun dan tembikai susu di ladangnya. Sangat bersyukur dengan sambutan dan sokongan yang diterima, Ayu dan suami kini berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan ini bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.