Siapa saja yang tidak meletakkan Maldives di dalam senarai bucketlist mereka kan? Pulau yang sangat romantis dan pemandangan yang mendamaikan membuatkan ramai yang teringin sangat ke sana.

Sekarang anda tidak perlu ikat perut untuk menabung ke sana lagi kerana Dash Resort yang terletak di Pantai Tengah, Langkawi kini telah dibuka untuk orang ramai!

Terletak 10km dari Lapangan Terbang Langkawi dan 23km dari Jeti Kuah serta Bandar Kuah ini merupakan destinasi percutian terbaik buat anda yang inginkan persekitaran ala Maldives.

Terdapat 5 jenis bilik pelbagai saiz dan yang menariknya terdapat bilik yang dilengkapi dengan kemudahan jakuzi, Dash Deluxe Jacuzzi, buat anda yang inginkan privasi.

Setiap bilik direka khas dengan tingkap yang luas dan lebar agar anda dapat menikmati natural lighting yang maksimum.

Dash Resort juga menyediakan infinity pool dengan pemandangan pantai yang menarik, Rabbit Hole Spa, Flex Gym dan banyak lagi.

Ruang makan yang dihiasi dengan warna putih dan biru serta ruang terbuka yang berhadapan dengan pantai ini pasti akan membuatkan anda teruja!