Viral di Twitter baru-baru ini kisah dua beranak yang membeli-belah di IOI City Mall, Putrajaya yang kemudiannya masuk ke sebuah kedai kosmetik di mall tersebut setelah diajak oleh seorang jurujual.

Menurut tweet gadis tersebut, semasa jurujual tersebut sedang mempromosikan produk di kedainya, jurujual itu menyapukan sejenis krim di tangan ibunya sebagai tester.

Setelah didesak beberapa kali oleh jurujual tersebut, ibunya bersetuju untuk membeli barangan yang berjumlah RM3000 itu tanpa disedari.

Sejurus tiba di rumah, ibunya seakan tidak percaya kerana telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk satu produk kosmetik dan mendakwa dia berasa pening dan mamai setelah mencuba tester tersebut.

Tweet gadis ini mendapat perhatian ramai apabila dia cuba memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mendekati kedai tersebut walaupun didesak oleh mana-mana jurujual kerana bimbang kejadian sama akan berulang lagi.

Ada sesetengah netizen yang pernah melalui pengalaman yang sama sempat berkongsi cerita masing-masing tetapi ada juga yang kurang bersetuju kerana menganggap ianya merupakan taktik promosi yang berkesan dan produk tersebut sememangnya high-end dan banyak digunakan di kalangan golongan elit dan selebriti.