SuperPark merupakan taman rekreasi tertutup yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan dan permainan yang sesuai buat kanak-kanak dan dewasa ini diumumkan bakal dibuka di Malaysia buat kali pertama pada bulan Disember di Avenue K, Kuala Lumpur.

Malaysia merupakan cawangan negara Asia yang ketiga dipilih selepas Hong Kong dan China. SuperPark KL menyediakan lebih 20 aktiviti menarik untuk pengunjung dan yang eksklusifnya, SuperPark akan membuka skate rink yang berkeluasan lebih 200 meter!

Setiap aktiviti dibahagikan kepada tiga bahagian – Adventure Area, Game Arena & Freestyle Hall yang menyediakan aktiviti seperti flying fox, kids’ adventure city, robokeeper, trampoline dan banyak lagi! SuperPark KL juga menyediakan 6 ruang sosial yang sesuai untuk majlis hari jadi, aktiviti korporat dan lain-lain.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat, 10am-9pm manakala Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, 9am-9pm. Cuti sekolah dah bermula, now it’s playtime!