1. Dotty’s Pastries, KLCC

Terkenal dengan menu istimewa Salted Egg Yolk Cronut, kafe ini juga menyediakan pelbagai hidangan berat dan ringan lain. Selain di KLCC, kafe ini juga boleh didapati di Taman Tun Dr Ismail, Bangsar Shopping Centre dan Menara Naza.

  • La Fleur Cafe, Subang Jaya

Kafe yang bertemakan warna pink dan unicorn ini merupakan kafe wajib buat pink ladies! Dessert seperti Unicorn Cake merupakan focus dalam menu mereka.

  • Merchant’s Lane, Jalan Petaling

Old rustic merupakan konsep kafe ini dan hiasan dalamannya pasti akan membuatkan anda tak henti-henti untuk ambil gambar. Kai Fan Chicken Rice, Pandan Roti Jala, Rose Tea merupakan antara menu menarik yang anda boleh cuba.

  • Podgy, Bangsar

Early-risers yang gemarkan sarapan yang sihat dan sedap seperti Avocado Toast with Salmon, Quinoa Salad dan lain-lain perlu datang ke sini! Selain suasana kafe, makanan yang dihidangkan juga sangat ‘Instagram-worthy’

  • Terracotta Café & Boutique, Petaling Jaya

Peggy Porschen versi Malaysia! Penggemar dessert wajib kunjungi kafe ini untuk merasai keenakan pencuci mulut yang diberi sentuhan feminine seperti Lavender Jade Drop, Rosey Cake dan banyak lagi.