Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah, menggalas tanggungjawab berat dalam mempertaruhkan bukan satu tapi tiga buah lagu di Semi Final Muzik Muzik yang berlangsung setiap Jumaat sehingga 23 November ini.

Dia, Layarlah Kembali dan lagu duet beliau bersama Hael Husaini, Haram, merupakan lagu-lagu yang dipertaruhkan untuk pentas separuh akhir ini.  

Penyanyi yang berasal dari Sarawak ini dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan buat ketiga-tiga persembahan beliau dan akui berasa tertekan dengan tanggungjawab yang digalas namun masih akan berusaha sebaik mungkin demi peminat.

Beliau yang pernah merangkul anugerah Vokal Terbaik AJL selama tiga tahun berturut-turut sejak 2014 dan dinobatkan sebagai Juara AJL 31 menerusi lagu Lelaki Teragung ini, nekad mahu membuat kelainan dan ingin menunjukkan peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya menerusi setiap persembahan beliau.