Redha Rozlan, atau lebih dikenali sebagai Mat Redho yang pernah menjuarai rancangan Fear Factor Malaysia ini telah mengharumkan nama negara setelah muncul sebagai juara di Ninja Challenge Leagues (NCL) 2018 semalam di Perth, Australia.

Mat Redho muncul sebagai juara setelah selesai menamatkan semua halangan dalam masa 5 minit 13 saat, sekaligus mengalahkan 95 orang peserta dalam pertandingan tersebut. Selain NCL, beliau juga pernah menyertai beberapa pertandingan seperti Sasuke Asean Cup, Sasuke Vietnam dan juga American Ninja Warriors 9.

Pakar IT yang berusia 30 tahun ini dikhabarkan menyertai setiap pertandingan menggunakan duit sendiri, tanpa bantuan dari sebarang penaja. Dah banyak negara Mat Redho pergi demi nak mengharumkan nama Malaysia, takkan usaha dan bakat yang ‘rare’ macam ni pihak penaja tutup sebelah mata saja?

Menerusi laman sosial Instagram beliau, Mat Redho secara terbuka memohon bantuan tajaan dari pihak penaja dan diharap kejayaan beliau di NCL baru-baru ini dapat membuka mata pihak penaja untuk terus menyokong usaha dan bakat beliau agar dapat dikembangkan ke seluruh dunia. Go, Ninja!