Nak mula berjinak dalam mendaki? Nak isi masa lapang di hujung minggu? Sukakan aktiviti mendaki tapi tak tahu nak pergi mana? Berikut adalah senarai dari Fesm mengenai 5 tempat mendaki yang paling popular di Malaysia.

1. Bukit Broga, Semenyih, Selangor.

Siapa tak kenal dengan bukit broga, bagi siapa yang nak berjinak mula mendaki tu boleh cuba ke sini. treknya amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam bidang ini.

2.Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Walaupun diklasifikasikan sebagai bukit. Namun ketinggiannya agak tinggi. Puncak bukit kutu hanyalah sebuah batu besar. Jadi disarankan untuk anda berhati-hati ketika di sana.

3. Bukit Batu Condong, Kemensah, Selangor.

Tidak terlalu tinggi dan sukar untuk didaki. Sesuai untuk anda mencuba trek ini. Walaupun treknya tidaklah begitu sukar namun cukup untuk buat anda tercungap.

4. Bukit Tabur, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Antara trek yang agak mencabar dan merupakan pilihan orang ramai yang gemarkan aktiviti mendaki ini. Bukit ini agak merbahaya jadi anda perlu lebih berhati-hati ketika melalui trek ini. Memerlukan sedikit skill untuk sampai ke puncaknya.

5. Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Negeri Sembilan.

Alang-alang kalau singgah ke Port Dickson jangan lupa untuk selitkan ini sebagai salah satu aktiviti anda. Boleh lah lihat pemandangan laut biru yang begitu cantik.